Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 jika UMNO dan Pas terus berdegil tidak bersatu, merupakan kebimbangan yang disuarakan oleh Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak. Bersandarkan pada kontra Peringatan Harussani - orang Melayu akan hilang kuasa - adalah pada kebarangkalian UMNO akan hilang kuasa pada PRU-13 jika Pas terus berdegil untuk tidak bersatu dengan UMNO.
Bagaimana boleh dikatakan - pada kebarangkalian - UMNO akan hilang kuasa pada PRU-13?
Tahun 1976, 1978, 1987 dan 1988 adalah tahun alif nun mim tendang wau sarkas dalam UMNO. Pada 14 Februari 1988 UMNO diharamkan melalui keputusan mahkamah. Apabila diharamkan - pada masa itu - secara teknikal, ia terkeluar dari Barisan Nasional (BN) kerana ia bukan lagi sebuah kewujudan yang sah. Implikasi daripada pengharaman itu UMNO telah kehilangan kuasa politiknya dengan secara sendirinya.
Untung sabut timbul untung batu tenggelam. Pada tahun yang sama, selepas pengharamannya, UMNO diterima semula dalam BN dan seterusnya wujud sebagai sebuah kewujudan yang sah. UMNO mendapat semula kuasanya yang hilang.
Kecelakaan tidak berbau. sejarah sentiasa berulang. Walaupun UMNO/BN cemerlang pada pilihanraya umum 1990 dan 1995, dan berjaya mengekalkan dua pertiga kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum 1999 tetapi UMNO telah mengalami hakisan kehegomonian. Sokongan rakyat - orang Melayu terutamanya - terhadap UMNO khasnya (dan BN amnya) merudum. Manakala perolehan kerusi Parlimen yang diperolehi susut sebanyak 20 peratus. Kemenangan BN hanya ditampung oleh rakan-rakan UMNO dalam BN seperti MCA, MIC dan komponen BN di Sabah dan Sarawak.
Dalam politik sememangnya ada suka dan duka. Suka bukan kepalang - "UMNO" terutamanya - apabila UMNO/BN cemerlang, gemilang, terbilang dalam pilihanraya umum 2004. Tetapi tidak kekal lama. Hanya satu penggal sahaja. Duka bukan kepalang - "UMNO" terutamanya - apabila UMNO/BN gagal memperoleh dua pertiga kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum 2008. Seterusnya UMNO/BN menerima tamparan hebat politik. Pakatan Pembangkang yang tidak sekuat mana berjaya merampas empat negeri dan mengekalkan Kelantan.
Secara dasar boleh dikatakan bahawa tahun 2008 adalah titik tolak mula goyah BN. Rakan-rakan UMNO dalam BN seperti MCA dan MIC mula menunjukkan retak meniti belah. Manakala irama rentak tari dan gendang alif mim nun tendang wau sarkas dalam UMNO rancaknya bertambah talu. Bukan sahaja dalam UMNO tetapi juga rakan-rakan UMNO dalam BN. Jika irama rentak tari dan gendang alif mim nun tendag wau sarkas dalam UMNO/BN bersifat malar atau tandem, bakal pasti kehegomonian BN - secara keseluruhannya - "be end" pada pilihanraya umum ke-13 nanti.
Bersandarkan pada hakikat dan ketetapan politik tanah air, untung sabut timbul untung batu tenggelam UMNO, keseluruhannya bergantung kepada kekuatan rakan-rakan UMNO dalam BN. Kekuatan UMNO Sabah dan BN Sarawak secara keseluruhannya masih belum cukup ampuh untuk menampung kekuatan UMNO/BN secara menyeluruh. Dalam erti kata lain, untuk terus kekal berkuasa, mahu atau tidak, UMNO harus bergantung sepenuhnya kepada kekuatan BN. Jika BN goyah dan tidak ampuh untuk berhadapan terjahan Pakatan Pembangkang, maka UMNO bakal pasti "be end'' pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

0 comments:
Post a Comment