Usaha UMNO dan PAS membentuk kerajaan perpaduan masih gagal dilaksanakan. Ia adalah disebabkan oleh bantahan dan tentangan segelintir pimpinan parti Pembangkang termasuklah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri. Cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan yang pernah dikemukakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dahulunya senyap seketika tetapi timbul semula dalam Muktamar PAS ke-55, 2009.
UMNO dan PAS memiliki dua keseirasan iaitu Islam dan Melayu. Katakanlah UMNO mengekalkan Melayu dan Islam sebagai teras parti, PAS pula mengekalkan Islam sebagai teras parti tetapi "membuang" Melayu, PAS dan UMNO masih memiliki keseirasan - Islam. Baik PAS mahupun UMNO sememangnya mengetahui dengan setahu-tahunya bahawa Islam menyeru kepada perpaduan bukannya perpecahan.
PAS walaupun dahulunya parti serpihan UMNO, ia bukan milik UMNO. PAS bukan juga milik Mursyidul Am-nya atau milik Presiden-nya. Sebagaimana UMNO, ia adalah milik seluruh ahli dan pemimpin dalam PAS. Tanpa ahli dan pemimpin lainnya, Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS ibarat raja yang tidak berakyat. PAS adalah milik seluruh ahli dan pemimpin termasuklah Mursyidul Am dan Presiden tetapi bukan dalam bentuk pemilikan mutlak.
Secara teorinya, UMNO dan PAS boleh membentuk kerajaan perpaduan walaupun mendapat tentangan segelintir pimpinan parti Pembangkang termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri. PAS, selain dipimpin oleh Mursyidul Am ia juga dipimpin oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dalam usaha membentuk kerajaan perpaduan, Presiden PAS dan kalangan ahli dan pemimpin muda PAS boleh memainkan peranan.
Sama ada dari segi keahlian atau kepimpinan, PAS sebenarnya tidaklah didominasi oleh "Kaum Tua" sepenuhnya. Terdapat juga "Kaum Muda" di kalangan ahli dan pemimpinnya. Apabila PAS tidak didominasi oleh "Kaum Tua" sepenuhnya maka sudah semestinya ideologi atau doktrin politik keseluruhan ahli dan pemimpin PAS tidak sama walaupun sealiran dari segi misi dan visi politik. Seandainya "Kaum Muda" adalah majoriti dalam PAS berdasarkan prinsip dua pertiga bakal pasti cetusan idea Presiden PAS - kerajaan perpaduan - boleh direalisasikan.
Jika dilihat pada kesetaraan kuasa politik antara PAS, PKR dan DAP, masing-masing mempunyai kuasa politik yang lebih kurang sama. Tetapi PAS memiliki sedikit kelebihan jika dibandingkan dengan PKR dan DAP - PAS menerajui negeri Kelantan dan Kedah. Oleh itu sudah semestinya Presiden PAS dan kalangan ahli dan pemimpin muda PAS di kedua-dua buah negeri - Kelantan dan Kedah - boleh memainkan peranan dalam merealisasikan kerajaan perpaduan.
Halangan kepada pembentukan kerajaan perpaduan datangnya daripada Mursyidul Am PAS sendiri dan segelintir pimpinan parti Pembangkang terutamanya Ketua de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bantahan Mursyidul Am PAS dan segelintir pimpinan parti Pembangkang ini boleh dipatahkan melalui suara majoriti terutamanya di kalangan ahli dan pemimpin muda PAS di kedua-dua buah negeri, Kelantan dan Kedah.
Sebagai pencetus idea kerajaan perpaduan, Presiden PAS perlu memainkan peranan sebagai pemuka. Sebagai pemuka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menjelaskan idea cetusannya berdasarkan prinsip menang-menang yang mana golongan sasarnya ialah ahli dan pemimpin muda dan "Kaum Tua" yang sealiran dengan idea kerajaan perpaduan. Selain memberi penjelasan idea kerajaan perpaduan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga perlu meyakinkan ahli dan pemimpin muda dan "Kaum Tua" yang sealiran dengan idea kerajaan perpaduan bahawa idea kerajaan perpaduan adalah langkah ke arah kelansungan atau kesinambungan parti.
Dalam merealisasikan kerajaan perpaduan ini, sebenarnya ia boleh dilaksanakan melaui "tawar-menawar politik." Untuk membentuk atau mewujudkan kerajaan perpaduan, PAS tidak semestinya dijadikan atau menjadi parti komponen parti Barisan Nasional (BN). Apa yang perlu ialah UMNO dan parti-parti komponen BN mewujudkan kerjasama sosial-ekonomi-politik melalui perpaduan dengan PAS. Dalam jalinan kerjasama ini, UMNO dan parti-parti komponen BN juga perlu memberi kebebasan mutlak kepada PAS dalam mentadbir kerajaan negeri pimpinannya.

0 comments:
Post a Comment